Salam Sejahtera Kepada Semua Geng Sangap-IT Crew..
1. Ramai bertanya pada saya apa yang best dengan root kan androids.
2. Sebelum itu aku nak cerita pebenda root nie?
Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses
untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.
3. Kenapa pengeluar kunci?
Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem ?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.
4. Apa yang best bila kita root android?
a. Keupayaan smartphone menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan korang rasa bila smartphone korang selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.
b. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan/macam sial dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang membuang RAM korang yang korang tak guna sampai mampus contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory korang penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.
c. Korang dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. - Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.
d. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.
e. Korang rasa cool n macho jer bila korang punya androids dah di root
5. Apa pulak KEBURUKAN kalau buat ROOT nie?
a. Waranty Korang Hilang - sekiranya korang membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu korang ketahui adalah waranti smartphone korang akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.
b. Serangan virus - khabar-khabar angin mengatakan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.
KENAPA AKU ROOT
Soalan nie senang jer nak jawab...
Pertama: Samsung Tab aku nie dapat free so kena gunakan semaksima mungkin, kalau beli sendiri aku pikir gak 2 -3 kali.. takut rosak.. kakaka
kedua: Bosan dengan ROM standard pengeluar yang macam cipet. so aku boleh organise sendiri ROM aku supaya lagi laju... lagi cantik... lagi menawan
lastly: NAk install software yang perlukan root permission macam facesniff, wireless key view dan seangkatan denganya.
Kita jumpa lagi di dalam info yang lain adios seniorita
-Sangap-IT Crew-
0 comments:
Post a Comment