Follow us on Facebook

Tuesday, November 12, 2013


1. Salam hormat pembaca Sangap-it semua, pada kali ini aku ingin mengutarakan satu pembacaan yang agak berat untuk renungan kita bersama. Tetapi sebelum itu, aku nak bagi sikit pepatah yang aku buat (tengah bosan-bosan nie). Pepatah yang aku reka nie berbunyi macam nie....

       "Jika hari nie artis meletup kerana youtube.... ahli politik berperang di dalam twitter... dan gadis remaja berlumba-lumba menayang aset yang tak seberapa di facebook...ahli korporat mengumpul harta di laman web ianya tidak akan berlaku tanpa belas ihsan tentera"

2. kenapa aku cakap macam tue?  kerana untuk pengetahuan korang... internet secara asalnya dibangunkan oleh tentera... dan ianya adalah satu alat yang digunakan untuk membunuh!!!

3. Internet bermula pada tahun 1969, yang dikenali sebagai jaringan komputer di bawah Deparment Pertahanan Amerika Syarikat melalui projek ARPANET. Korang bolehlah google pasal sejarah komputer/internet kalau nak tahu lanjut.

4. Disebabkan secara dasarnya ianya dibangunkan untuk ketenteraan, maka kita lihat semenjak 2 - 3 tahun ini kebanyakkan negara maju seperti US, Canada, German, Russia dan China berlumba-lumba menjadikan platform ini sebagai salah satu senjata peperangan mereka.

5. Di Malaysia macam mana pulak??? Soalan yang bagus keluar dari kepala otak aku yang berkarat ni. Di Malaysia kita berlumba2 untuk perkara berikut:

   a. Kita sibuk buat parody... gwiyomi la... macam cantik jer dan sebagainya.
   b. Kita sibuk berfacebook tayang aset masing2 yang macam nasi lemak tak masak.
   c. Ahli politik pula sibuk tabur fitnah sana-sini ikut suka macam internet nie diorang yang punya.
   d. Orang-orang kerajaan  seperti MAMPU, SKMM dan sebagainya asyik sibuk meng"claim" internet nie   di bawah bidang diorang so orang lain tak payah kacau. Asyik dengan strategik plan yang entah sampai bila boleh digunakan strategik plan diorang tue.
    e. Ahli korporat sibuk mempromosi pakej internet diorang yang konon2 super laju dan murah padahal lembab dan mahal nak mampus dan cekik darah.
.
6. Tetapi berbeza bagi kuasa asing yang melihat  dari sudut gelap internet iaitu sebagai satu medium untuk membunuh negara2 lain. Contoh yang paling ketara sejak akhir-akhir ini adalah China.

7. Di dalam dunia ketenteraan, internet di lihat sebagai satu dimensi baru iaitu dimensi ke-4 selepas laut, darat dan udara. Kerana dimensi ini mempunyai asas yang sama dengan laut, udara dan darat. Sekiranya bagi peperangan laut, udara dan darat kekuatan ketenteraan di ambil kira tetapi bagi dimensi ke-4 pula kekuatan maklumat pula dijadikan sandaran. Ini terbukti melalui satu laporan mengenai Tentera Siber China yang menjadikan kekuatan maklumat sebagai senjata mereka.

"Achieving information dominance is one
of the key goals for the PLA at the strategic and campaign level, according to The
Science of Military Strategy and Science of Campaigns, two of the PLA’s most authoritative public statements on its doctrine for military operations"
 8. Melihat secara rambang operasi-operasi yang dijalankan oleh China di dalam mendapatkan "dominan information", aku dapati kebanyakkan teknik-teknik yang digunakan adalah 99.9% sama dengan kebanyakkan tutorial yang aku tulis dan akan tulis.

9. So apa yang diorang buat??

    - Target potentially vulnerable networks associated with strategic civilian ports, shipping terminals, or railheads that are supporting the military’s movement of critical supplies and personnel.
- Cyber Espionage
-  Distribute malware, virus to the target
- Collecting info
- Ddos 
- Any method untuk menjadikan mereka dominan information

10. Apa yang menarik di dalam organisasi tentera china.. Mereka diletakkan 
di organisasi paling atas di dalam bidang komunikasi. Berbanding Malaysia
entah dari celah mana maka wujudlah kementerian yang konon2 bertanggungjawab
dalam hal-hal komunikasi nie. 

11. Mereka juga melaksanakan beberapa idea menarik di dalam mengembangkan
keupayaan Cyber Operation mereka antaranya:-

- Hacktivist support to the state.
- Hacker state collaboration
Kalau kat Malaysia jawabnya korang nangislah dalam lokap tunggu mak bapak 
korang jamin.

12. So ini sahaja yang dapat aku kongsi kali ini, part 2 aku akan cerita 
bagaimana China menjalankan operasi Cyber yang menakutkan banyak negara.

13. Pada abang2 @ akak2 tentera yang baca... blog aku nie.. satu soklan aku nak tanya ok...

China dah ada.... korang plak ada ker??? amacam goyang lutut ker der..

14. Details info boleh baca di sini. Jumpa lagi.
Categories:

0 comments:

Post a Comment