Follow us on Facebook

Friday, August 24, 2012

Salam warga Sangap-IT sekalian,


1. Entry kali ini aku tulis tidak berkisar tentang Dunia ICT. Tapi kali ini aku nak tulis sejauh mana kehidupan kita di dunia ini.

2. Mungkin ramai yang tak faham apa yang aku nak cerita.. sampai kadang-kadang aku pun tak faham apa sebenarnya berlaku... Ini berkenaan tangan-tangan yang mencorakkan pergerakan dunia.. seperti puak ILLUMINATI dan Freemason melalui teori mereka "The New World Order"

3. Berlambak maklumat yang korang boleh dapat dari pakcik GOOGLE, kali ini aku nak cerita pasal satu kawasan yang amat rahsia di USA yang digunakan oleh puak-puak ini untuk merencana segala perjalan dunia.

4. Tempat ini bernama BOHEMIAN GROVE. Bohemian Grove terletak di 20601 Bohemian Avenue, di  Monte Rio, California, merupakan satu kelab ekslusif di  San Francisco di kenali sebagai Bohemian Club


5. SETIAP TAHUN PADA PERTENGAHAN JUN BOHEMIAN GROVE AKAN MENGANJURKAN 2 MINGGU PERKAMPUNGAN DENGAN ORANG-ORANG YANG PALING BERKUASA DI DUNIA.

6. Kelab ini hanya boleh dimasuki secara jemputan sahaja... dan dikelilingi oleh polis yang mengawal dengan ketat.

7. Bohemian Club (BC) adalah sebuah organisasi bagi orang terkenal dan kaya yang dilangsungkan selama 2 minggu setiap tahunnya. Kelompok rahsia ini, yang tidak mendapat perhatian wartawan, mempunyai patung burung hantu setinggi 40 kaki sebagai pusat symbol. 

8. Setiap tahunnya, kira-kira sekitar 1,500 orang menghadiri pertemuan ini. Mereka adalah CEO berpengaruh di dunia, orang-orang pemerintah, finance, industri, dan penguasa media berkumpul untuk mendengarkan pidato, propaganda, jaringan, dan saling merencana  agenda. Mereka juga mengadakan upacara Druid-like depan patung, lengkap dengan pakaian, api, mantera dan ritual-ritual lainnya.

  
Summer, 1967 at Owls Nest Camp with two future U.S. presidents. Around the table, left to right: Preston Hotchkis, Ronald Reagan, Harvey Hancock (standing), Richard Nixon, Glenn T. Seaborg, Jack Sparks, (unidentified individual), Frank Lindine, and Edwin W. Pauley. Retrieved July 15, 2009

9. Tujuan utama kumpulan ini diadakan adalah untuk menyokong pergerakan Fremason dan Illuminati yang mana ISLAM menjadi musuh utama bagi pergerakan ini.

10. Info lanjut berkenaan kawasan ini boleh baca di sini, sini dan sini.

11. Apa yang aku nak tekankan di sini.... di Malaysia ini... kita MELAYU dan ISLAM asyik bertelagah antara kita tapi kita terlupa di luar sana terlalu banyak agenda musuh-musuh yang sedang menunggu masa untuk menghancurkan kita....

12. Entri kedua aku akan cerita peranan kuasa asing di dalam memantau segala tindakan kita... Insyallah

Adios
Categories:

1 comment: